Followers

Tidak perlu ketahui siapakah gerangan penulis ini. Diri ini hanya menulis sekadar untuk mengisi masa lapang. Dikenali sebagai Laila Maria. Masih belajar dan terus berjuang hingga ke menara gading.

Monday, December 23, 2013

Kawan

Kawan
Ya, kawan segalanya
Ya, kawan insan yang penting
Ya, kawan insan yang bermakna
Ya, kawan ialah insan yang paling bernilai
Ya, kawan adalah segalanya

Kawan
Orang yang patut diutamakan
Orang yang sentiasa bersama kita
Orang yang buat kita sedih malahan tertawa
Orang yang tak pernah dilupai
Orang yang lebih diutamakan berbanding cinta hati

Kawan
Walau kau pergi jauh
Kemana sahaja kau pergi
Walaupun tinggal 2 tahun bersama
Kau tetap kawan
Tiada apa yang dapat pisahkan kita
Hanya jarak yang memisahkan

Kawan
Kau jauh
Kau kembali melawat kami
Tapi hanya seketika
Amat pantas masa berlalu ibarat kilat 
Ibarat puting beliung
Kau pergi semula meninggalkan kami disini

Kawan
Kau pergi hanya seketika
Mungkin lama 
Mungkin selamanya
Perpisahan kali kedua ini amat memeritkan
Walaupun singkat waktu kita meluangkan masa bersama
Tetapi aku tahu pengalaman ini amat berharga

Kawan
Kau tunggu disana
Aku akan ke sana suatu hari nanti
Perpisahan ini hanya sementara
Ya , sumpah aku sedih
Bodoh kalau aku tiada perasaan terhadap pemergian kau sekali lagi

Kawan
Aku amat bahagia
Aku amat gembira
Saat saat terakhir sebelum kau kembali ke sana
Aku mampu bersama kau
Aku mampu bersuka ria bersama kau

Moga kita bertemu lagi wahai kawan



Crush

Siapa kata kita tak boleh ada crush? Siapa kata? Takda siapa kata kita tak boleh ada crush. Come on lah ni hidup aku so what kalau aku nak ada crush! Am I right? Ye crush is the person yang bila kita tengok dia then terdetik dalam hati sanubari "Peh handsome/cantik! Crush ah macam ni" It's like macam random gila kita suka orang tu tapi kita diam membisu tanpa pengetahuan dia ibarat kita nak something yang mahal gila  dekat parents kita. Tak terluah bukan? Hehs. Secara jujurnya lah kan, kalau lah kita nak ada crush , tak semestinya crush kita sorang je. Yes i mean bukan lah aku nak cakap kau ni playgirl/playboy well hello kau bukan couple pun so you dont need that palyboy/playgirl title. Maka, kau berhak nak ada berapa banyak crush. Once bila crush kau tu start tegur kau mesti kau cem excited gila. Rasa macam kanak-kanak dapat gegula kan? Lol terasa nak berkongsi cerita. Meh sini buka telinga buka mata zoom sikit kasi nampak. Hahaha lek. So yeah, aku ada banyak crush. Yes sangat banyak. Tapi, aku ada crush dekat sorang ni since form 2 kalau tak silap. Secara jujur memang aku ni jenis yang mudah nak get along dengan orang. Kau faham kan? So one day ni entah macam mana. Aku tweet lah dengan kawan dia then idk how tiba tiba dia pun ada sekali dalam conversation kiteorang. So aku taknak ah cakap we talked about what that time. Maka hari demi hari hubungan kami sangat sangat rapat hanya sekadar kawan biasa. Macam nak tukar number phone tapi...hanya wechat yang mampu. Tak perlu lah kan. Kata crush? Tapi last last macam mana dia dapat number aku pun tak tahu lah hahaha. Okay rasa mcm nak stop cerita pasal aku. Later will continue. So aku nak cakap lah kan hm pada mulanya memang lah kau hanya crush dekat dia. Tapi, dari crush kau boleh ter-into him/her. Yelah bila dah start borak/kenal each other sudah pastinya kau boleh jatuh hati dekat dia. Sometimes, benda ni mungkin buat kau happy/bahagia/tersenyum but yeah benda ni boleh buat kau sedih/sakit/perit. Percaya cakap aku. Walaupun kau dah rapat dengan dia, kau rasa kau dah berjaya dapat crush kau, kau mesti dan mesti tak simpan harapan terlalu tinggi dekat dia. Ingat, kalau jodoh kau dengan dia kuat, maka adalah. Dia dah tentukan segalanya.

Friday, July 12, 2013

Jet jet sweetalker

Peh meh sini buka mata seluas istana raja. Ni kalau mata kuyup je bila baca blog ni confirm segar bugar bergegar! Bhahahah k k k. Seperti tajuk di atas, jetjet  sweetalker. Hm boleh perasan lah kan dengan mata kasar, tak kisah lelaki mahupun perempuan pada era serba maju ni, suka noh nak jet jet sweetalker. Memang ah tak salah kalau kau nak jadi sweetalker. Kalau lah kau tu dah ada boyfriend ke girlfriend ke kan, please lah avoid diri kau nak jadi sweetalker dkt lelaki or perempuan lain. Come on, bf/gf mana yang tak stalk kekasih hati. Peh ini semua poyo!! Hahahhahahah benda ni sahih sangat. Tak elok pun kalau jadi sweetalker terlampau. Fikir lah perasaan org lain. First, kau buat gf/bf kau sentap sedih sewaktu dengannya. Dari sudut yang lain, kau buat org yg kau bersweetalker tu hope. Faham tak hope tu apa? Ye, sudah terang lagi bersuluh kau memberi harapan palsu dengan kata kata manis kau ibarat gula gula kapas tu puih. Maka, jauhilah diri tu daripada menjadi seorang yang suka memainkan kata kata manis di bibir. Tak salah nak jadi sweetalker, tapi berpada padalah (peace)

Friday, May 31, 2013

Serba Serbi Kehidupan

Tika ini, hati seorang remaja perempuan bagai dibunuh. Sakit. Pedih. Ye semua kesakitan itu hadir dengan sekelip mata. Benar, hati seorang remaja perempuan pada era ini semuanya keras. Ego tinggi mencecah langit biru. Tapi, buka minda seluasnya seperti padang bola sepak. Tak semua remaja perempuan begitu. Tak semua. Ada hatinya yang lembut. Kehidupannya selalu gembira bagai tidak pernah didatangi timbunan masalah. Tidak. Mereka tidak pernah tahu kisah hidup remaja perempuan ini. Susunan ayat amat biasa dilontarkan. Tetapi hakikatnya? Maksudnya yang mendalam menikam kalbu serta merta membuatkan air jernih yang selama ini sudah lama tidak mengalir, menari di kelopak mata hingga ke wajahnya. Ah sudah lupakan. Anggaplah ini semua dugaan. Tiada apa yang sempurna dalam kehidupan.