Followers

Tidak perlu ketahui siapakah gerangan penulis ini. Diri ini hanya menulis sekadar untuk mengisi masa lapang. Dikenali sebagai Laila Maria. Masih belajar dan terus berjuang hingga ke menara gading.

Monday, December 23, 2013

Kawan

Kawan
Ya, kawan segalanya
Ya, kawan insan yang penting
Ya, kawan insan yang bermakna
Ya, kawan ialah insan yang paling bernilai
Ya, kawan adalah segalanya

Kawan
Orang yang patut diutamakan
Orang yang sentiasa bersama kita
Orang yang buat kita sedih malahan tertawa
Orang yang tak pernah dilupai
Orang yang lebih diutamakan berbanding cinta hati

Kawan
Walau kau pergi jauh
Kemana sahaja kau pergi
Walaupun tinggal 2 tahun bersama
Kau tetap kawan
Tiada apa yang dapat pisahkan kita
Hanya jarak yang memisahkan

Kawan
Kau jauh
Kau kembali melawat kami
Tapi hanya seketika
Amat pantas masa berlalu ibarat kilat 
Ibarat puting beliung
Kau pergi semula meninggalkan kami disini

Kawan
Kau pergi hanya seketika
Mungkin lama 
Mungkin selamanya
Perpisahan kali kedua ini amat memeritkan
Walaupun singkat waktu kita meluangkan masa bersama
Tetapi aku tahu pengalaman ini amat berharga

Kawan
Kau tunggu disana
Aku akan ke sana suatu hari nanti
Perpisahan ini hanya sementara
Ya , sumpah aku sedih
Bodoh kalau aku tiada perasaan terhadap pemergian kau sekali lagi

Kawan
Aku amat bahagia
Aku amat gembira
Saat saat terakhir sebelum kau kembali ke sana
Aku mampu bersama kau
Aku mampu bersuka ria bersama kau

Moga kita bertemu lagi wahai kawan



No comments:

Post a Comment