Followers

Tidak perlu ketahui siapakah gerangan penulis ini. Diri ini hanya menulis sekadar untuk mengisi masa lapang. Dikenali sebagai Laila Maria. Masih belajar dan terus berjuang hingga ke menara gading.

Sunday, February 10, 2013

Perubahan Ke Arah Kebaikan

Rakan dan taulan , ye boleh baca rasanya tajuk dekat atas tu. Perubahan ke arah kebaikan. As we know, makhluk mana je yang tak pernah buat jahat kan? Contoh terdekat, kau sepak kucing. Amboi sedapnya sepak kucing. Kira jahat lah tu kau sepak kucing kan? Tak pun contoh lain, benda ni aku rasa dah sebati dalam aliran darah diri kau, that is mengumpat. Ye mengumpat merupakan satu benda jahat. Bukan nak cakap aku ni perfect ke apa lah kan tak pernah mengumpat orang. Tipulah tu kalau tak pernah. Mungkin its's hard untuk kita kurungkan aktiviti mengumpat dalam kehidupan seharian. Tapi kalau kita cuba takde yang mustahil kan? Bak kata omputih, nothing impossible if we work for it. Bebalik kepada topik yang aku statekan dekat atas tu. Apalah salahnya kalau kita berubah ke arah yang lebih baik atau orang cendiakawan selalu cakap, anjakan paradigma. Amboi mampus tak layan lols. Takkan tak ada rasa kesedaran atau penyesalan dalam diri kau bila kau buat jahat? Heartless mungkin. Katakan lah dulu kau ni suka tiru homework orang, kau dok suka tipu orang ni orang tu, kau suka putar belit cerita. Don't you think that orang lain semua pandang negatif dekat kau? bila jumpa kau je diaorang belah, takpun dok perli kau memanjang. Mungkin kita tak pernah nak sedar benda tu semua. Cubalah kau korek sikit rahsia kengkawan kau, try duduk makan kat mamak ke slowtalk apa yang tak puas hati. Then you will know what actually your bad habit. Kadangkala, kita ni suka bergurau. Tapi kita tak perasan yang kita bergurau tak kena tempat. If you know what I mean. Kau rasa apa yang kau guraukan tu buat kawan kau happy seronok etcetera. Tapi kau kena jugak control kegurauan kau tu. Mana tau sebenarnya apa yang kau dok bergurau tu menyakitkan naluri hati kawan kau kan? Then that's it. Bila kau try settle up dengan kawan kau ke sibling kau ke, kau akan tahu apa salah kau. Benda ni tak payah nak tunggu bila kau perasan kawan kau mula act pelik dgn kau. But, its anytime you can slowtalk dengan kawan kau. Contoh lah kan, tengah lepak main snooker kau tanya kawan kau "Weh, kau ada tak simpan dalam pasal aku ke. Kau rasa aku punya perangai ni teruk ke?" Try lah pujuk kawan kau untuk mengaku apa yang dia pendam selama ni. Then bila kau dah tau jawapannya, maka kau selesaikan dengan berubah ke arah yang lebih baik ( Mintak pendapat kawan pasal diri kau + Kau tau apa kesalahan kau = Berubah untuk menjadi lebih baik ) Kan elok mcm tu ? That's is the equation kalau kau nak lagi senang. Guna lah formula tu untuk kau berubah ke arah kebaikan. Kau pun taukan Allah suka makhlukNya yang bertukar menjadi orang yang lebih baik. Ingat, kita ni hanya insan kerdil yang tak sempurna. Setiap saat setiap masa mesti ada je buat salah. Try lah sebelum tidur tu bayangkan apa yang kau buat the whole day. Pergi cari apa salah kau haritu. Bila dah tahu, berazam dalam diri kau yang kau akan berubah ke arah yang lebih baik dan cuba untuk tidak mengulangi kesilapan yang kau dah buat. At the first step memang susah, tapi lama lama kau akan okay kalau kau cuba benda ni. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Hendak seribu daya , taknak seribu dalih. Ubahlah diri kau ke arah yang lebih baik kerana setiap perubahan pasti ada hasilnya.

1 comment: